25September2017

Polis akan siasat pergaduhan di majlis 'Nothing to Hide 2.0'

Tunggu... tak lama lagi kita tahu apa yang menjadi punca kepada pergaduhan dalam  majlis 'Nothing to Hide 2.0' pada Ahad.

Ramai yang dok buat teori sana-sini, termasuk ada yang kata kejadian itu 'gimik' pembangkang.

Tunggu siasatan polis dan lepas ini jangan nak lari sembunyi pulak.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata polis akan menjalankan siasatan mengikut standard prosedur operasi kejadian itu.

Beliau telah mengarahkan polis untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya termasuk melakukan pendakwaan jika terdapat salah laku oleh pihak-pihak terbabit.

"Pihak polis akan menjalankan siasatan mengikut SOP dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya pagi Isnin.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri diminta mengulas insiden lempar kasut dan beberapa objek lain ke arah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Mahathir Mohamad ketika beliau berucap pada majlis yang dianjurkan parti itu di Shah Alam.

"Saya sedih dengan apa yang berlaku. Sebagai sebuah negara demokrasi, perkara itu tidak seharusnya berlaku.

"Walaupun berbeza pendapat tapi sebarang kekerasan terhadap mana-mana individu ataupun tokoh tidak harus berlaku," katanya.

Beliau berkata program itu mempunyai permit penganjuran daripada pihak berkuasa.-14/8/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 499  tetamu dalam talian