20Mei2018

PM masih main teka teki pasal tarikh PRU14...saya masih menunggu ilham

Spekulasi mengenai tarikh pilihanraya umum ke 14 bertiup kencang kembali bila Majlis Tertinggi UMNO adakan mesyuarat pertama bagi tahun 2018 pada Selasa. 

 

Pada sidang akhbar selepas mesyuarat sekitar lebih dua jam di ibupejabat UMNO di PWTC Kuala Lumpur ia menjadi salah satu soalan yang ‘ditembak’ wartawan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. 

 

Seperti diduga tidak mungkin Perdana Menteri akan beri sebarang jawapan pasti di situ. 

 

Beliau dengan nada jenaka terus bermain dengan teka teki. 

 

Soalan itu ditujukan selepas beliau memberitahu sidang akhbar itu bahawa keadaan ekonomi negara semakin bertambah baik termasuk pengukuhan nilai ringgit dan pasaran saham. 

 

“Saya masih menunggu sesuatu cetusan ilham untuk cari tarikhnya,”katanya. 

 

“Tengoklah sekiranya kita tunggu hingga Jun atau buatnya lebih awal.Kita lihat bagaimana perkembangan keadaan,”katanya lagi. 

 

Apapun Perdana Menteri menjelaskan ikut perlembagaan kerajaan masih ada hingga Jun dimana Parlimen akan terbubar secara automatik jika kerajaan mohon pembubaran. 

 

Dalam pada itu Najib berkata beliau berpuashati dengan persiapan jentera UMNO termasuk pergerakan Wanita,Pemuda dan Puteri untuk PRU14. 

 

Katanya ini berdasarkan laporan dari Jawatankuasa Pengurusan UMNO yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi. 

 

Perdana Menteri berharap jentera parti diseluruh negara teruskan siapa siaga itu hingga parlimen dibubarkan.- 30/1/2018 – OLEH LUKMAN ABDULLAH

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 637  tetamu dalam talian