24Mac2017

PM dedah Malaysia hampir terlepas pelaburan RM31billion Saudi Aramco kerana maklumat palsu…

Jangan ingat pelaburan syarikat minyak Arab Saudi,Aramco sebanyak RM31 billion dalam projek penapis minyak Raipd di Pengerang ,Johor yang dikendali Petronas datang bergolek.
 
Sebaliknya Malaysia nyaris melepas pelaburan yang cukup besar yang ditandatantgani  semasa lawatan Raja Salman baru-baru ini gara-gara perbuatan menyebar maklumat palsu mengenai negara semata-mata kerana nawaitu politik.
 
Hal ini didedahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan beliau merasmikan program Ekspresi Negaraku di Dataran Putrajaya Sabtu.Program itu akan menjadi platform pertama untuk memacu inisiatif 'Negaraku' yang bertunjangkan semangat cintakan Malaysia.
 
Katanya pelaburan itu hampir-hampir tidak jadi.
 
“Kenapa?...bila kita siasat pihak Aramco telah menyatakan mereka keberatan untuk melabur kerana mereka telah meletakan Malaysia sebagai sebuah negara yang risiko politiknya tinggi,kononnya dari maklumat yang mereka terima keadaan politik Malaysia tidak stabil.
 
“Mereka diberitahu EPF hampir bangkrap dan kita tidak mampu bayar gaji kepada penjawat awam.Maklumat yang salah mereka terima.Sebab itulah mereka letak premium yang terlalu tinggi risiko politik.
 
“Alhamdullilah…bila kita berjumpa dengan mereka dan beri maklumat yang lebih tepat dan sahih sebenarnya Malaysia ini negara yang berjaya…Malaysia dapat penarafan kategori A antara terbaik di dunia barui mereka sedar maklumat yang mereka terima itu tidak betul.
 
“Akhirnya mereka setuju untuk melabur RM31 billion dalam negara kita.RM31 billion tuan-tuan ertinya apa…anak-anak kita yang bakal keluar dari universiti akan dapat pekerja dan masa depan yang lebih terjamin.
 
“Tapi bayangkan adik-adik…ada orang beri maklumat palsu kepada mereka.Apa yang berlaku rezaki yang patut datang ke negara kita…hampir terlepas.Contoh itu berlaku kerana apa.Kerana ada orang dikalangan kita yang tidak ada perasaan ..tak ada hati perut.Tujuannya nak gagaolkan negara kita.Motifnya …motif politik.Mangsanya rakyat Malaysia nanti.
 
Atas sebab itu,kata Perdana Menteri adalah penting persepsi ini dibetulkan bukan sajaa agar rakyat faham tetapi gambaran dan imej negara kita diletakan pada tahap sebenarnya.
 
Serentak dengan itu beliau juga beri contoh mengenai tindak tanduk seorang bekas pemimpimn negara ( dipercayai merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad) memburukan negara kononya Malaysia antara 10 negara paling korup.
 
“Pada hal kita berada ditangga 55 dari 160 negara.Saya boleh terima kalau orang tegur negara kita.Kalau mereka kata kita ini 55 dari 160 bererti apa..bererti kita bukan seburuk mana tapi kita ada ruang penambahbaikan.
 
“Tapi saya tak boleh terima mereka yang berbuat dmeikian tidak ada perasaan samasekali.Nak kjatuhkan kerajaan tapi burukan Malaysia .Kita tak boleh biarkan perbuiatan seperti ini kerana kesudahannya ialah negara kita yang tercinta,”kata Najib- 18/3/2017
 
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 771  tetamu dalam talian