24Ogos2017

Pimpinan PAS temui Arul Kanda…puashati pelan rasionalisasi 1MDB

Menarik…ini kali pertama pimpinan PAS adakan pertemuan untuk mendengar penjelasan dari CEO 1MDB Arul Kanda mengenai pelbagai perkara berkaitan syarikat berkenaan.

Pertemuan 30 orang pimpinan parti itu yang diketuai Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga disertai oleh jemputan mereka termasuk bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Ahmad,Naib Presiden Idris Ahmad dan Ketua Penerangan Nasrudin Hasan.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas pertemuan tiga jam setengah di sebuah hotel di Ampang itu Tuan Ibrahim kata mereka berpuashati dengan pelbagai penjelasan Arul Kanda khususnya mengenai pelan rasionalisasi 1MDB.

Katanya beliau berharap 1MDB diberi peluang menyelesaikan segala hutangnya kerana lelewatan akan menyebabkan faedah atas pinjaman bertambah.

Menurutnya pertemuan itu berlangsung dalam suasana baik, mesra dan terbuka.

Arul Kanda,juga katanya membentangkan kepada mereka beberapa dokumen berkaitan 1MDB.

Tuan Ibrahim berkata PAS harap Kementerian Kewangan memberi laporan kepada kepada Parlimen segala perkembangan berkaitan 1MDB agar para Ahli Parlimen tahu.- 7/8/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 861  tetamu dalam talian