12Disember2018

Pimpinan BN akan bincang isu Ketua UMNO Bahagian ditahan di pusat hiburan…

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi anggap kes seorang Ketua UMNO Bahagian ditahan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur kelmarin sesuatu yang mendukacitakan dari segi moral.

Beliau juga akui kejadian itu boleh beri kesan kepada BN di kawasan berkenaan dalam menghadapi pilihanraya umum ke 14.

Bercakap dalam sidang akhbar di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkebang, di Kuala Krai Selasa beliau berkata hal berkenaan akan dibincangkan oleh pimpinan BN.

“Dari segi perundangan dan penguatkuasaan walaupun kita tidak boleh menghukum mana-mana individu sebelum hukuman dijatuhkan mahkamah, namun dari segi moral ia amat mendukacitakan dan tidak seharusnya berlaku.

“Sudah pasti ia memberi kesan dan menjejaskan kawasan itu namun kita akan berusaha supaya organisasi serta rakyat tidak terjejas,” kata Zahid.

Ketua UMNO Bahagian berkenaan bersama beberapa orang rakannya ditahan dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi di Kuala Lumpur.

Ujian air kencing yang dikendalikan oleh polis dapati mereka positif dadah.

Sementara itu pejabat UMNO bahagian berkenaan telah mengundang wartawan untuk beri penjelasan mengenai isu itu pagi esok Rabu.- 3/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 293  tetamu dalam talian