17November2018

PH dijangka sokong Kit Siang sebagai Speaker Dewan Rakyat

Bagi melengkapkan 'perubahan' 100 hari Malaysia baru, Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang yang juga pemimpin veteran DAP akan dicalonkan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Kit Siang yang berkelulusan undang-undang dari Lincon's Inn England pada tahun 1977, tokoh paling senior Pakatan Harapan (PH) yang tidak memegang apa-apa jawatan daripada kerajaan PH setakat ini.

Ini selepas mesyuarat penting PH di Yayasan Kepimpinan Perdana Isnin malam yang dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pPresiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Timbalan Presiden Pribumi Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan ketua sekretariat Pakatan Datuk Saifuddin Abdullah .

Mereka bermesyuarat bagi menentukan siapa calon Speaker Dewan Rakyat yang mendapat sokongan akhir PH dan ketiadaan Kit Siang menguatkan desas desus tersebut.

Difahamkan semua empat parti dalam PH mempunyai calon masing-masing namun DAP dan PKR merupakan pilihan utama untuk Speaker.

Ini kerana PPBM dan Amanah telah banyak menerima jawatan samada Menteri ataupun Timbalan Menteri.

PPBM punyai 13 kerusi hanya ada dua kekosongan, Amanah 11 kerusi hanya ada satu kekosongan berbanding 42 DAP dan 50 PKR.

Sementara itu, Bernama melaporkan Kit Siang menyerahkan kepada pimpinan tertinggi PH untuk membuat keputusan berhubung pemilihan calon Speaker Dewan Rakyat.

Penasihat DAP itu berkata jawatan itu tidak menjadi keutamaan kepada dirinya kerana fokus utama adalah berkhidmat kepada negara dan rakyat yang telah memilih PH sebagai kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Kit Siang, yang juga Anggota Parlimen Iskandar Puteri, mengulas desas-desus kononnya beliau adalah antara calon disenaraikan untuk pemilihan Speaker Dewan Rakyat di samping bekas Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Rais yang menyertai PPBM baru-baru ini bagaimanapun bukan Ahli Parlimen seperti yang disyaratkan oleh PH.

Perlantikan Kit Siang jika menjadi kenyataan menunjukkan pengaruh DAP dalam kerajaan Malaysia baru selepas peguan bela Lim Guan Eng Tommy Thomas dilantik Peguam Negara baru-baru ini.-10/7/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1050  tetamu dalam talian