15Disember2018

Peter Anthony direman 3 hari untuk siasatan kes beli ladang RM155 juta

Selepas ditahan oleh SPRM semalam ,Naib Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Peter Anthony pada Sabtu dikenakan reman tiga hari bagi membantu siasatan kes beli ladang kelapa sawit di Daerah Tongod yang dianggar bernilai RM155 juta.

Perintah tahan reman itu dikeluarkan Majistret Cindy Mc Juce Balitus selepas membenarkan permohonan SPRM Sabah.- 61/2018


 

Kes beli ladang RM155 juta...SPRM tahan Naib Presiden Parti Warisan Sabah

Naib Presiden Parti Warisan Sabah,Datuk Peter Anthony telah ditahan oleh SPRM untuk bantu siasatan kes belian ladang sawit dianggar bernilai RM155 juta di daerah Tonggod negeri itu.

Sebelum itu beliau yang diberi tempoh 48 jam untuk tampil ke pejabat SPRM Kota Kinabalu hadir 10.25 pagi Jumaat .

Beliau tiba bersama peguamnya Martin Tommy and Loretto Padua Jr.

Timbalan Persurhjaya SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan beliau.

Pada jam 1.20 tengahari Peter Anthony dengan tangan bergari dibawa oleh pegawai SPRM ke rumahnya di Luyang,Kota Kinabalu.

Difahamkan pihak SPRM telah membuat pengelidahan di rumahnya.

Berkaitan notis tampil dalam tempoh 48 jam ,Martin Tommy nafi Peter Anthony pergi luar negara sebaliknya berada di Keningau bersama keluarganya untuk berehat kerana kurang sihat.

Pada Oktober lalu Peter Anthony disiasat SPRM setelah  beliau didapati salah seorang dari 13 orang yang terima projek-projek bernilai RM1.5 billion bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ketika menterinya Datuk Seri Shafie Apdal dari tahun 2009 hingga 2015.

Shafie kini adalah Presiden Parti Warisan Sabah.

SPRM dalam kenyataan media Rabu kata mereka sedang mengesan Peter Anthony dan seorang lagi individu dikenali sebagai Michael Persius Ubu, 61, dari Taman Rainfield.

Mereka diberi tempoh 48 jam untuk menyerah diri di pejabat SPRM Sabah bagi membantu siasatan berkaitan kes urusan pembelian tanah berkenaan.- 5/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 285  tetamu dalam talian