14Disember2018

Perhimpunan mega bantah ICERD di Kuala Lumpur 8 Disember ini…

Satu perhimpunan mega akan diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu 8 Disember ini untuk membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang didakwa boleh jejas kepentingan Melayu dan bumiputra di negara ini.
 
Perhimpunan berkenaan adalah lanjutan dari himpunan membantah ICERD yang diadakan di negeri negeri kebelakangan ini serta himpunan mega di Pasar Salak,Perak Sabtu malam yang dihadiri bersama oleh pimpinan UMNO dan PAS.
 
Langkah menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur itu diumum oleh Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria semasa ucapan beliau di situ.
 
Katanya cadangan penganjuran perhimpunan itu telah mendapat restu Jawatankuasa Pusat PAS.
 
Presiden UMNO Datuk Seri Dr zahid Hamidi dalam ucapan beliau selepas itu memberitahu UMNO turut mendokong perhimpunan itu dan akan menyertainya.
 
Katanya ia bukan Ini bukan perhimpunan PAS atau UMNO tetapi perhimpunan ummah keseluruhannya.- 17/11/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 546  tetamu dalam talian