23Februari2018

Pergambaran filem pun nak putar konon Malaysia dijajah China...

Ini satu lagi kerja bodoh puak tertentu yang cukup galak cuba untuk gambarkan kononya Malaysia sudah dijajah oleh China.

Sendiri bikin sendiri dapat malu gara-gara pakai hentam tanpa usul periksa.

Ibupejabat Polis Bukit Aman pada Khamis telah mengeluarkan kenyataan untuk menangkis fitnah yang disebar menerusi media sosial mengenai gambar kereta nasional menggunakan logo polis China.

Cerita sebenarnya ialah kenderaan berkenaan digunakan untuk penggambaran filem bertajuk ‘The Original Sin’ di Putrajaya untuk tayangan di negara China.

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, Datuk Asmawati Ahmad kata PDRM memandang serius dakwaan dan persoalan yang dibangkitkan di sebuah laman Facebook yang menggunakan gambar bekas pemimpin negara tersebut kerana ia jelas berniat serong dan cuba membangkitkan persepsi negatif terhadap agensi kerajaan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak memuat naik sebarang status tanpa terlebih dahulu mendapatkan maklumat yang sahih kerana ia boleh membawa implikasi yang negatif terhadap pihak tertentu,” tegasnya. 

Facebook Mahathir The Legend pada Rabu memuat naik posting berserta gambar kedua-dua kereta itu dengan status berbunyi:

“Kita tak mahu nak cakap lebih tapi kita nak tanya, ini apa? Banyak negara lain yang invest (melabur) dalam negara tapi kita tak nampak langsung ada kereta lambang polis negara tersebut,” kata status itu.

Facebook itu juga turut mempersoalkan keistimewaan China sehingga mendapat kelebihan itu.

Sementara itu Ketua Polis negeri, Datuk Seri Rosli Abdul Rahman dilaporkan berkata berita tentang gambar berkenaan adalah palsu kerana apa yang dimaksudkan tidak berlaku di negeri ini.

"Kereta itu adalah melibatkan pembikinan sebuah filem di ibu negara.

"Penggambaran itu bukan di Pahang, saya harap masyarakat tidak mudah diperdaya dengan pelbagai tanggapan buruk sehingga boleh menjejaskan keharmonian negara," katanya.

Beliau mengulas penyebaran gambar kereta peronda menggunakan logo polis China yang kini menjadi tular di media sosial yang didakwa berada di Kuantan.- 1/2/2018


PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 997  tetamu dalam talian