23November2017

Peperiksaan SPM bermula...

Banjir di Pulau Pinang dan Kedah tidak menghalang seramai 443,883 calon di seluruh negara memulakan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 hari ini.
 
Peperiksaan yang diadakan di 3,363 pusat peperiksaan itu dijadual berlangsung sehingga 4 Dis dengan Bahasa Melayu Kertas 1 sebagai mata pelajaran pertama yang diduduki.
 
Sebahagian calon mengambil kesempatan mengulang kaji pelajaran sebelum melangkah ke dewan peperiksaan manakala ibu bapa dan guru turut dilihat memberi kata-kata semangat kepada mereka.
 
Calon di Pulau Pinang dan Kedah tetap meneruskan peperiksaan meskipun kedua-dua negeri itu dilanda banjir dengan 23,114 calon menduduki SPM di 159 pusat peperiksaan di Pulau Pinang manakala 34,672 calon di Kedah menduduki peperiksaan di 261 pusat peperiksaan.
 
Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata kementerian sentiasa memantau secara dekat bencana banjir yang melanda dan sehingga kini ia tidak menjejaskan persediaan bagi peperiksaan itu dijalankan.
 
Terdapat calon yang terjejas banjir dihantar ke sekolah menggunakan kenderaan yang disediakan pihak polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan orang perseorangan.
 
Calon yang terllibat bencana itu turut dinasihat segera memaklumkan kepada pihak sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi memudahkan bantuan disalur agar mereka dapat menduduki peperiksaan tanpa gangguan.
 
Selain itu, mereka juga dibenarkan menduduki peperiksaan di sekolah lain jika sekolah mereka dinaiki air.
 
Sementara itu, 45,303 calon menduduki peperiksaan Penggal Tiga Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2017 di 683 pusat peperiksaan bermula hari ini sehingga 9 Nov dan sehari lagi pada 14 Nov.-6/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 660  tetamu dalam talian