24Februari2017

Penubuhan Task Force peluang terbaik Kit Siang bantu kerajaan

Penubuhan pasukan petugas (Task Force) yang dipersetujui oleh Kabinet pada Rabu seharusnya menjadi peluang terbaik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang bagi membuktikan usul yang dibawa sekitar tahun 1990-an adalah berasas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman berkata, Kit Siang seharusnya tampil ke hadapan untuk membantu Task Force dalam meneliti semua fakta-fakta yang berkaitan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara pada tahun itu.

"Kit Siang seharusnya menjadi orang pertama yang menyokong penubuhan Task Force yang dipersetujui oleh Kabinet semalam. Ini kerana beliau begitu lantang di Dewan Rakyat dengan mengemukakan pelbagai usul termasuk mencadangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara.

"Ini adalah peluang terbaik untuk Kit Siang membuktikan bahawa usul yang dibawa pada tahun 1993 dan 1994 berkaitan isu ini di Dewan Rakyat itu berasas. Atau adakah beliau telah mengelirukan Dewan pada masa itu? ," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Azalina, sebagai seorang Ahli Parlimen yang berpengalaman, Kit Siang seharusnya menyokong usaha Kerajaan dan bukannya mempolitikkan isu tersebut malah kecenderungan berubah prinsip serta pendirian memperlihatkan sikap tidak konsistennya  wajar dinilai oleh penyokong DAP.

"Keputusan Kabinet menubuhkan Task Force itu membuktikan yang kerajaan sentiasa terbuka dalam semua perkara yang menyentuh kepentingan negara. Kerajaan akan tetap berpegang kepada "prinsip rule of law" dalam menyiasat apa-apa perkara untuk memastikan tiada sebarang penyalahgunaan dan penyelewengan dalam tadbir urus negara.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) juga sentiasa bersandarkan kepada prinsip keadilan seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah (innocent until proven guilty). Oleh yang demikian, Task Force ini akan meneliti dan menilai perkara ini berdasarkan keterangan-keterangan sebelum sebarang tindakan lanjut diputuskan.," katanya.

Semalam, Kabinet bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara pada sekitar 1990-an.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata pasukan petugas khas itu akan dianggotai pelbagai agensi kerajaan termasuk individu-individu yang dihormati dan berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu.

“Pasukan petugas khas ini akan mengemukakan syor dan cadangan untuk dipertimbangkan oleh Kabinet dalam tempoh terdekat dan tindakan selanjutnya termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) jika perlu berdasarkan hasil siasatan itu nanti,” katanya.-17/2/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 885  tetamu dalam talian