16Oktober2018

Pengguguran kes kes melibatkan pimpinan Pakatan Harapan membimbangkan…- Azalina

Semua pihak menghormati akan kedudukan dan kuasa seseorang Peguam Negara untuk berperanan secara adil dan saksama seperti mana yang termaktub di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. Malah dibawah Perkara 145(3) turut menegaskan bahawa kuasa budi bicara Peguam Negara adalah mutlak dan tidak boleh dicabar di mana-mana Mahkamah. 
 
Bagaimanapun, trend pengguguran kes-kes Mahkamah yang melibatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) sejak kebelakangan ini cukup membimbangkan. Lebih membimbangkan apabila kes-kes tersebut melibatkan kes jenayah seperti kes hasutan, pecah amanah, pembocoran maklumat dan lain-lain. 
 
Sehubungan itu, perkara ini memerlukan penjelasan yang kukuh kerana dibimbangi akan memberi persepsi negatif terhadap amalan doktrin pengasingan kuasa di Malaysia. Badan Kehakiman perlu kekal bebas daripada mana-mana campurtangan termasuk dari badan Eksekutif mahupun Legislatif. 
 
Justeru itu, Kerajaan PH juga perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindakan yang diambil agar tidak mewujudkan persepsi yang salah terhadap badan kehakiman dan perundangan di Negara ini. Maka semua pihak seharusnya berpegang dengan prinsip ‘rule of law’ supaya prestij badan Kehakiman Negara terus dihormati. 
 
 
YB DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID
Ketua Whip Barisan Nasional (BN)
Ahli Parlimen Pengerang
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 475  tetamu dalam talian