23Mei2017

Pengerusi SPR tak kecil hati dituduh jadi kuda tunggangan BN

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah kata beliau tidak berasa ‘kecil hati’ dituduh pembangkang sebagai kuda tunggangan Barisan Nasional (BN).
 
“Saya tidak pernah kesal dengan kenyataan itu dan saya tahu bahawa saya tidak akan diserang secara peribadi, kalau saya tidak menjadi pengerusi.
 
“Secara peribadi, saya tidak pernah kecil hati dengan sesiapa pun yang kata saya,” katanya di ibu pejabat SPR, Jumaat.
 
Selain itu, Hashim juga menafikan bahawa SPR diperalat oleh parti pemerintah.
 
“Tidak ada kuda tunggangan kita tahu apa yang kita buat,” katanya.
 
Beliau mengulas dakwaan oleh Naib Presiden PPBM yang juga bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bersama Ahli Biro Politik PKR, R Sivarasa, Ketua Penerangan PAN, Khalid Abdul Samad dan Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok dalam satu kenyataan pada Rabu lalu yang mengingatkannya SPR serta Hashim supaya bertanggungjawab melaksanakan tugas mengikut Perlembagaan Persekutuan.
 
Sementara itu, Hashim juga membidas segelintir parti politik yang hanya membuat kritikan, tetapi tidak mengemukakan bantahan secara rasmi selepas menyedari wujud masalah dalam sistem pemilihan.
 
“Kalau parti politik tahu ada pindahan pengundi dan sebagainya, sila buat bantahan, itu adalah proses terbaik dan kita akan siasat. Ini perkara biasa dan SPR mengikut peraturan yang diperuntukkan kepada kita.
 
“SPR juga ada jabatan di setiap negeri, apabila ada bantahan pegawai SPR akan tengok, kalau ianya munasabah dan ada kebenaran dan kita rasa perlu tolak, maka SPR akan menolak. Dia tidak kira mana-mana parti politik,” katanya.
 
Sebelum ini Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan mendakwa terdapat kegiatan memindahkan pengundi secara besar-besaran di Kelantan.- 19/5/2017
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 754  tetamu dalam talian