25September2018

Pembangkang dalam keadaan bercelaru...

Penolakan PKR Selangor terhadap keputusan Pakatan Harapan mencalonkan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri menunjukkan dengan jelas pembangkang berada dalam keadaan bercelaru.

Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata tindakan mencalonkan Dr Mahathir untuk kembali menjadi perdana menteri bertentangan dengan slogan 'Reformasi' yang terus dilaung beberapa penyokong PKR pada konvensyen Pakatan semalam.

"Jelas sekali, beberapa penyokong PKR masih berpegang teguh dengan 'Reformasi', yang diperjuangkan sebaik sahaja Tun Mahathir menyingkirkan dan menyumbat ketuanya (Datuk Seri) Anwar Ibrahim ke dalam penjara hampir 20 tahun lepas," katanya dalam satu kenyataan.

Musa berkata langkah mencalonkan Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya mencerminkan sikap Pakatan yang tidak berpandangan jauh.

"Apa sudah jadi dengan cakap berdegar-degar tentang perubahan? Singkir yang lama, ambil yang baharu.

"Nampaknya, Pakatan menggunakan peta yang sama untuk melakar laluannya ke Putrajaya," kata beliau.

Sementara itu, selepasPAN Johor dan Perak menyatakan rasa kecewanya berhubung pembahagian kerusi dalam kalangan Pakatan Harapan (PH), hari ini giliran PAN Titiwangsa pula berbuat demikian.
 
PAN bahagian itu mendakwa langsung tidak mendapat kerusi walaupun sudah melakukan gerak kerja secara konsisten sejak ditubuhkan, dua tahun lalu.
 
Laporan memetik sumber seorang pemimpin PAN berkata pihaknya amat berharap agar PAN Pusat boleh berbuat sesuatu dan sekurang-kurangnya mengusahakan agar PAN Titiwangsa mendapat paling kurang satu kerusi Parlimen.
 
"Kita lebih kepada rasa kecewa apabila tiada langsung kerusi Amanah (PAN) di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) kerana gerak kerja telah dilakukan sejak Amanah Titiwangsa ini ditubuhkan lagi.
 
"Ideanya seperti pilihan raya umum ke-13, bertanding di Putrajaya dan Titiwangsa. Tetapi di Putrajaya kita dah bagi pada PPBM atas semangat setia kawan.
 
"Jadi sekurang-kurangnya kita dapat satu kerusi pun cukup iaitu di Titiwangsa," kata sumber itu.-9/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 360  tetamu dalam talian