25September2018

Pelakon Datuk Farid Kamil yang mengamuk di balai polis didapati positif ganja

Ramai orang naik bingung mendapat khabar mengejut pelakon popular Farid Kamil yang baru-baru ini dapat gelaran ‘ Datuk’ mengamuk tiba-tiba tampar polis dan tending orang awam di kaunter trafik Balai Kota Damansara,Petalig Jaya tengahari Khamis.
 
Sehingga laporan ini ditulis petang Khamis punca kejadian pada jam 1.20 tengahari itu  masih samar-samar.
 
Apapun Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din dalam satu kenyataan mengesahkan hasil ujian air kencing yang dijalankan selepas insiden itu didapati Farid positif ganja.
 
"Sebaik sahaja polis menahan suspek, ujian air kencing dijalankan bagi mengesan sama ada dia berada di bawah pengaruh dadah.
 
"Hasil ujian terbabit mendapati dia positif dadah jenis ganja," katanya.
 
Mohd Zani berkata, susulan kejadian itu, suspek kini disiasat kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis mengikut Seksyen 90 Akta Polis serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah.
 
Katanya, suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok,Jumaat bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.
 
Sebelum itu Farid datang di kauter balai polis itu untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalanraya.
 
Namun tiba-tiba dia naik berang menampar anggota polis yang menerima laporan dan menandang kaki orang awam dalambalai itu.
 
Beberapa anggota polis di situ kemudian terus menahannya.-11/1/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 416  tetamu dalam talian