25September2018

Peguam Shafee Abdullah ditahan dan akan didakwa di mahkamah

Tan Sri Shafee Abdullah,peguam terkenal yang kini menjadi peguam kepada Datuk Seri Najib Tun Razak akan didakwa di mahkamah pagi ini atas pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram.
 
Beliau ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) sekitar Kuala Lumpur pagi ini.
 
Timbalan Ketua Persuruhjaya [Operasi] SPRM Datuk Seri Azam Baki sahkan penahanan beliau.
 
Beberapa hari lalu tersebar dakwaan Shafee ada terima bayaran RM9.5 juta dari bekas Perdana Menteri pada 2013 dan 2014.
 
Bagaimana Shafee kemudian telah keluarkan kenyataan menjelaskan wang berkenaan adalah untuk khidmat guaman kepada BN dan UMNO yang belum dituntut oleh syarikatnya selama beberapa tahun.- 13/9/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 410  tetamu dalam talian