26April2017

PAS punca rakyat Kelantan miskin dan mundur - Guan Eng

DAP meneruskan serangan terhadap PAS dengan mendakwa kerajaan Kelantan adalah sebuah negeri gagal dan muflis.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata Kelantan adalah sebuah negeri gagal dan muflis, berikutan ditadbir oleh PAS, sebuah parti yang gagal.

Sehubungan itu, katanya, kegagalan PAS mentadbir negeri itu menyebabkan rakyat Kelantan masih miskin dan berada dalam keadaan mundur.

"PAS tadbir negeri gagal, PAS adalah sebuah parti gagal yang tadbir negeri gagal dan bankrap di mana rakyat masih miskin dan mundur.

"Di mana mangsa banjir (selepas) tiga tahun masih belum dapat rumah, di mana 100,000 hektar hutan ditebang dan ditarah kerana (kerajaan negeri) tiada sumber wang, " katanya pada sidang media di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), semalam.

Terdahulu, Guan Eng turut menyelar Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang mendakwa berlaku campur tangan politik dalam proses pemilihan mufti dan urusan fatwa di negeri itu.

Guan Eng berkata, ketika ini Orang Asli di Kelantan turut berdepan masalah apabila mereka dihalang masuk ke kawasan mereka.

"Ini adalah negeri gagal, untuk menutup (kegagalan), mereka mainkan sentimen perkauman. Ini sesuatu yang jahat hendak lawan prinsip dan moral.

"Saya percaya Islam tidak benarkan sentimen perkauman, tetapi ini yang dimainkan PAS," katanya.-8/2/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 528  tetamu dalam talian