25Mei2017

Norza presiden baru BAM...Mohamed Al Amin beri laluan

Isu pertelagahan mengenai adanya gentlemen agreement untuk jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) beres.
 
Ini bila Pemangku Presiden BAM Tan Sri Mohamed Al Amin Abd Majid memberi laluan kepada Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria untuk menggalas tugas sebagai presiden bagi penggal 2017/2021. 
 
Keputusan itu dibuat bagi mengekalkan tradisi tiada pertandingan untuk jawatan presiden yang diamalkan sejak 32 tahun lalu selain menjaga keharmonian dalam badan induk berkenaan.
 
Keputusan diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang turut disaksikan Penaung BAM, Datin Seri Rosmah Mansor di Kompleks Seri Perdana,di Putrajaya petang Khamis.
 
Katanya Mohamed Al Amin akan dilantik sebagai Penasihat BAM.- 20/4/2017
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 935  tetamu dalam talian