20September2018

Napsiah Omar meninggal dunia.... PM ucap takziah

Pengerusi Tetap Wanita UMNO Malaysia Tan Sri Napsiah Omar meninggal dunia akibat barah hati di rumah anaknya di Ampang Jaya, Selangor, 6.10 petang tadi.

Ahli keluarga arwah, Datuk Hamid Yahya melalui teks Whatsapp berkata, jenazah akan dikebumikan di Kuala Pilah, tengah hari esok.

"Assalamualaikum, dengan rasa sedih dimaklumkan bahawa Tan Sri Napsiah Omar kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.

"Jenazah dibawa ke Surau Tunku Muhriz Kampung Jawa, Kuala Pilah, dijangka sampai tengah malam ini, akan disempurna dan dikebumikan di Kuala Pilah sebelum solat Zuhur, insya Allah. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT, insya Allah," katanya.

Naspiah sebelum ini menerima rawatan kerana mengidap barah, ketika aktif berpolitik beliau merupakan bekas Naib Ketua Wanita UMNO di bergandingan dengan Tan Sri Rafidah Aziz.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah ini pernah menjawat jawatan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial sebelum beralih ke DUN dan menjadi Exco kerajaan Negeri Sembilan.

Beliau bersara dari tugas pentadbiran pada tahun 2013, namun masih mengekalkan jawatan sebagai Pengerusi Tetap Wanita UMNO Malaysia.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah.

Najib, dalam catatan di laman Twitter beliau hari ini, menyifatkan Napsiah sebagai seorang pejuang UMNO dan Tokoh Melayu Terbilang.

"Innalillahiwainnailaihirajiun. Saya masih ingat kata-kata Allahyarhamah bahawa yang menjadikan UMNO hidup dan kuat adalah ahli-ahlinya. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat. Al-Fatihah," kata Najib yang juga Presiden UMNO.-16/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 345  tetamu dalam talian