15Ogos2018

Nama Ku Li kembali bergema dalam UMNO...

Untung sabut timbul, untuk batu tenggelam... nama pemimpin veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah kembali disebut-sebut ketika ahli-ahli UMNO bercakap tentang pemulihan parti.

Tengku Razaleigh atau kelebih mesra di panggil Ku Li dilihat sebagai tokoh yang mempu menyatukan dan membina kembali UMNO berdasarkan pengalamannya.

Difahamkan, ketika ini, banyak rombongan pemimpin UMNO ke rumah anak raja dari Kelantan itu di Langgak Golf Jalan Tun Razak untuk bersua muka dan mendengar pendapatnya pasca pilihanraya umum ke 14.

Berdasarkan sejarah, Ku Li memainkan peranan penting bersama bekas Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan pemimpin-pemimpin awal UMNO dalam memperkasakan parti.

Ku Li menyertai UMNO pada tahun 1962 ketika parti itu berusia 16 tahun dari penubuhannya 1946 dan pernah menjawat jawatan Naib Presiden serta Bendahari UMNO tahun 1970-an.

Pembinaan ibu pejabat Parti PWTC antara jasa besar beliau kepada parti dan penebuhan Petronas merupakan jasanya kepada negara.

Ahli Parlimen Gua Musang ini pernah mencabar Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi perebutan jawatan presiden UMNO pada tahun 1987, tetapi beliau kalah tipis, sebelum mencabar keputusan tersebut di mahkamah dan UMNO diharamkan.

Beliau dengan sebahagian besar pemimpin UMNO lain kemudian menubuhkan parti Semangat 46 untuk bertanding dua kali pilihanraya umum iaitu 1990 dan 1995 sebelum membuat keputusan untuk bersatu semula dalam UMNO dengan membubarkan Semangat 46.

Sejak itu Ku Li hanya memegang jawatan Ketua Bahagian Gua Musang tidak lagi terlibat secara aktif memagang jawatan utama parti ataupun kerajaan.-16/5/2018

Cawangan UMNO mula bermesyuarat 19 Mei ini untuk mengadakan pemilihan parti manakala untuk peringkat bahagian diadakan serentak hujung Jun ini.-16/5/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 474  tetamu dalam talian