15November2018

Najib tanya apa manafaat Jambatan Bengkok pada rakyat...

Ekoran khabarnya ada usaha untuk menghidupkan semula projek Jambatan Bengkok Johor Bharu-Singapura yang pernah dicadang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad…Datuk Seri Najib telah mempersoalkan apa manafaat projek itu kepada rakyat.
 
Ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen Rabu,bekas Perdana Menteri itu kata beliau pernah minta Singapura buat jambatan baru ganti Tambak Johor namun mereka tidak setuju.
 
Katanya  Singapura masih mahu mengekalkan Tambak Johor untuk tempoh 30 tahun lagi kerana percaya masih boleh digunakan. 
 
Menurut Najib  perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong kepadanya ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri.
 ?
Projek cadangan  Dr Mahathir itu dibatalkan pada 2006 ketika Tun Abdullah badawi jadi Perdana Menteri.
 
Najib berkata bukan sahaja projek itu dibatalkan malah sejumlah pampasan yang besar juga telah dibayar kepada kontraktor terlibat. ?
 
“Soal sekarang sama ada jambatan itu akan memberi manfaat kepada rakyat atau tidak? Ini kena nilai dan cabaran untuk kerjasama dengan Singapura kerana negara itu tidak mahu meruntuhkan Tambak Johor sedia ada,” katanya.
 
Pada Selasa, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian memberitahu, kerajaan bercadang meneruskan semula projek pembinaan jambatan bengkok yang menghubungkan Malaysia dan Singapura.?
 
Sebelum ini, jambatan sepanjang 1.4 kilometer itu mahu dibina oleh Dr. Mahathir suatu ketika dulu bagi menggantikan Tambak Johor sepanjang 1.06 kilometer yang telah digunakan sejak 1923.- 17/10/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 842  tetamu dalam talian