18Julai2018

Najib luah rasa menerusi klip video…saya akan hadapi dengan tabah

Pada Selasa malam tidak lama selepas ditangkap pada sebelah petang satu klip video berdurasi lebih dua minit dimuatnaik dalam facebook Datuk Seri Najib Tun Razak dimana beliau meluah rasa mengenai situasi yang sedang dihadapinya.
 
Katanya:"Rakyat Malaysia yang dikasihi sekiranya saudara-saudari mendengar mesej ini, bermakna tindakan sudah pun mula diambil ke atas saya. Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia berhak mendapat pimpinan terbaik.
 
"Saya sudah lakukan sedaya upaya saya. Namun saya sedar ia tidak mencukupi. Kerana saya akui ada banyak kelemahan tapi saya juga ingin menyuarakan suara hati saya kepada rakyat Malaysia yang sangat saya kasihi.
 
“Ya saya tidak sempurna seperti manusia biasa,namun percayalah apa yang dituduh keatas saya tidaklah semuanya benar.
 
"Memang rumah kami digeledah selama berhari-hari, memang saya disiasat dan ada barang yang dirampas, namun semua ini belum konklusif. Ada banyak berita, gambar yang tersebar bersifat khabar angin, palsu putar belit dan fitnah. Biarlah siasatan dijalankan.
 
"Saya belum berpeluang untuk mempertahankan diri saya. Ya saya sudah tewas dan saya akur keputusan rakyat. Dan saya sedar kekalahan ini juga bermakna saya terdedah kepada lebih banyak tohmahan yang dahsyat.
 
Benar semua orang samarata di siai undang-undang bukan sahaja di dunia tetapi juga balasan di akhirat. 
 
"Tiada sesiapa yang akan terlepas termasuklah sang penguasa di dalam kerajaan hari ini, dan mereka yang menyebar khabar angin dan mengaibkan orang lain.
 
"Saya terima bahawa hari ini hari saya dan keluarga menjalani dugaan dunia, saya tetap bersyukur kerana tidak semua orang berpeluang menjalani dugaan dunia.
 
"Kita semua tahu bahawa dugaan di akhirat adalah jauh lebih perit. Saya akan hadapi dengan tabah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Mengasihani, dan Maha Penyayang." 
 
Sementara itu seorang jurucakap bagi pihak Najib menyifatkan tangkapan keatas bekas Perdana Menteri itu adalah sesuatu yang dijangka kerana sejak ambilalih kerajaan Pakatan Harapan sudah ‘sampaikan hukuman bersalah’ keatasnya dikhalayak umum.
 
Dalam satu kenyataan tiga perenggan jurucakap itu kata pendakwaan terhadap Najib esok berhubung SRC International Sdn. Bhd. dan siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) dilihat mempunyai motif politik pimpinan Pakatan harapan dibawah Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
“Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus berlawan dalam pendakwaan ini dan akan membersihkan namanya di mahkamah. “Insya-Allah, kebenaran akan terbukti,” katanya,- 3/7/20
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 418  tetamu dalam talian