16Oktober2018

Najib jelaskan mengenai pakej gaji Arul Kanda di IMDB RM5 juta

Gara gara Menteri Kewangan Lim Guan Eng mempersoalkan di Dewan Rakyat Selasa bahawa pakej gaji bekas CEO 1MDB Arul Kanda sebanyak RM5 juta …bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tampil menjawabnya Rabu.
 
Beliau menjelaskan bayaran itu berpatutan kerana Arul Kanda dapat gaji yang lebih tinggi dan lumayan ketika bekerja di sebuah bank di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
 
“Namun beliau sanggup melepaskan gaji yang lebih besar untuk berkhidmat di dalam 1MDB,” katanya.
 
Beliau juga mengingatkan bahawa Arul Kanda berjaya mengurangkan hutang syarikat daripada RM50 bilion kepada RM30 bilion.
 
Najib menyatakan demikian kepada wartawan di lobi Parlimen ketika diminta ulas pendedahan Guan Eng mengenai perkara itu semasa beliau mengulong perbahasan di Dewan Rakyat.
 
Menteri Kewangan itu kata Najib menyetujui pakej gaji RM5 juta untuk Arul Kanda.
 
Katanya separuh daripada pembayaran dibuat bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.
 
Katanya, baki RM2.5 juta itu sepatutnya dibayar selepas 30 Jun 2018, tetapi tidak berlaku kerana bertukar kerajaan.
 
Kerajaan Pakatan Harapan baru ini tamatkan khidmat Arul Kanda.- 1/8/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 628  tetamu dalam talian