22Mei2018

Najib disekat ke luar negara...akan buat keputusan kedudukan dalam UMNO

Datuk Seri Najib Tun Razak telah disekat dari pergi keluar negara berikutan arahan senarai hitam terbaru dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Sabtu.
 
Beliau dan isteri sepatutnya bertolak Jakarta untuk bercuti dengan menaiki pesawat sewa khas dari Lapangan Terbang Subang.
 
Berikutan arahan senarai hitam terbaru itu,Najib menerusi tiwtter beliau kata akur dengan keputusan berkenaan.
 
"Saya telah dimaklumkan bahawa Jabatan Imigresen Malaysia tidak membenarkan saya dan keluarga ke luar negara. Saya menghormati arahan tersebut dan akan bersama keluarga dalam negara." katanya. 
 
Sebelum itu ketika arahan senarai hitam jabatan Imigresen belum lagi keluar...menjelang pemergian itu bekas Perdana Menteri telah membuat kenyataan menerusi laman facebooknya.
 
Antara lain Najib berkata beliau akan buat keputusan mengenai kedudukanya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, dengan mengambil kira kemerosotan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional pada PRU ke-14 sekembali dari luar negara.
 
 
 
 
 
BERIKUT KENYATAAN AKHBAR PENUH NAJIB: 
 
 
 
Saya dan keluarga akan bercuti ke luar negara mulai hari ini untuk berehat selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-14.
 
Dalam tempoh ini, saya akan mengambil keputusan mengenai kedudukan saya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, dengan mengambil kira kemerosotan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional pada PRU ke-14.
 
Saya mengambil maklum pelbagai pandangan pemimpin dan ahli-ahli parti di semua peringkat mengenai kedudukan saya.
 
Sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, saya bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan pilihan Raya Umum ke-14.
 
Sebarang keputusan saya itu akan memastikan UMNO dan Barisan Nasional sebagai parti yang paling banyak kerusi di Parlimen terus kekal utuh agar dapat terus menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat.
 
Sekembalinya ke tanah air minggu depan, saya akan memaklumkan keputusan tersebut dan perancangan masa depan saya.
 
Sepanjang tempoh ini saya memohon semua ahli UMNO dan Barisan Nasional bertenang dan tabah serta terus menguatkan ikatan kita terutama dalam suasana politik yang mencabar ini.
 
Sebarang keputusan yang saya akan buat nanti, hanyalah untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional agar kembali kuat dan mendapat semula kepercayaan rakyat.
 
Saya yakin UMNO dan Barisan Nasional dapat mengembalikan kekuatan ini kerana sepanjang 60 tahun mentadbir negara, kita telah membuktikan kemampuan kita berkhidmat kepada rakyat Malaysia.
 
Kita semua kena redha dengan ketentuan Allah S.W.T, selain melihat semua ini sebagai ada hikmahnya.
 
Marilah kita semua berusaha memperbaiki segala kelemahan yang ada.
 
Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak
 
12 Mei 2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 980  tetamu dalam talian