15November2018

Musa Aman mengaku tidak bersalah atas dakwaan terima rasuah RM 264 juta

Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mengaku tidak bersalah keatas semua 35 pertuduhan terima rasuah sekitar ASS$63.29 juta (RM264 juta) melibatkan konsesi balak di negeri itu antara tahun 2004 dan 2008.
 
Transaksi berkenaan didakwa berlaku menerusi ajen di Singapura dan Hong Kong.
 
Musa ialah Ketua Menteri Sabah dari 2003 hingga pilihanraya umum 9 Mei 2018 baru ini.
 
Beliau yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada awal petang Isnin mohon dibicarakan dan dikenakan ikat jamin RM2 juta termasuk serah paspot kepada mahkamah.
 
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga sebelum itu dibawa ke mahkamah itu dari ibupejabat SPRM di Putrajaya dimana beliau ditahan ketika beri keterangan pada sebelah pagi.
 
Kesalahan didakwa dilakukan atas kapisiti beliau sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi Yayasan Sabah.
 
Mahkamah menetapkan 13 Disember ini untuk sebutan kes.- 5/11/2018
 
 
 
 

 
 
 
 
Musa Aman dibawa ke Mahkamah untuk pendakwaan
 
Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dibawa keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya Isnin untuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kes rasuah.
 
Kereta Toyota Alphard yang membawa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Sibuga itu dilihat meninggalkan bangunan tersebut pada 1 tengahari, diiringi empat kenderaan pengiring dan tiga motosikal.
 
SPRM dalam kenyataan hari ini berkata Musa akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 2 petang ini.
 
Musa akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.
 
Terdahulu SPRM menahan Musa pada pukul 10.05 pagi tadi di ibu pejabat suruhanjaya itu. - 5/11/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 501  tetamu dalam talian