22September2018

MP keluar UMNO…jika ada maruah kosongkan kerusi - Zahid

Datuk Seri Zahid Hamidi berkata bekas Ahli Parlimen BN yang keluar UMNO wajar kosongkan kerusi mereka untuk diadakan pilihanraya kecil kerana kerusi itu bukan dimenangi atas kapisiti peribadi mereka.
 
Katanya kalau mereka ada maruah mereka harus letak jawatan.
 
Beliau menegaskan demikian ketika di sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sebagai mengulas desakan Wanita dan Puteri UMNO agar Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati mengosongkan kerusinya.
 
Kata Zahid kepimpinan UMNO menyokong desakan sayap parti itu.
 
"Kita mempunyai pendirian bahawa ahli parlimen UMNO yang bertanding atas nama BN bukan perolehi kemenangan atas kapasiti diri sendiri.
 
"Mereka seharusnya berlapang dada dan terbuka. Bukan melayani masalah peribadi yang dihadapi mereka dan seolah-olah tak yakin dengan UMNO.
 
"Saya tak mahu cakap lebih, mereka tahu apa yang dimaksudkan," katanya 
 
Selain Mas Ermieyati dua lagi Ahli Parlimen BN yang keluar parti ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal  dan Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Noor Azmi Ghazali.
 
Kepada soalan lain Zahid menjelaskan tindakan tiga ADUN BN Kedah menyokong lantikan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah dari Pakatan Harapan ‘adalah keputusan parti’.
 
Pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama sidang DUN Kedah hari ini, Datuk Ahmad Kasim dilantik menjadi Speaker DUN apabila memperoleh 21 undi menewaskan Pesuruhjaya PAS negeri Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi yang memperoleh 15 undi.
 
Tiga ADUN BN iaitu Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail (Guar Chempedak), Datuk Norsabrina Mohd Noor (Bandar Baharu) dan Datuk Suraya Yaacob (Sungai Tiang) menyatakan bahawa mereka memberi undi kepada calon PH demi kepentingan rakyat di negeri ini dan mengelak daripada berlakunya pilihan raya negeri (PRN).
 
PH mempunyai 18 kerusi manakala PAS 15 dan BN tiga. 4/7/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 430  tetamu dalam talian