14Disember2018

Mohamad Hasan kekal calon BN untuk PRK DUN Rantau…

Tidak timbul soal UMNO fikir nak letak calon lain untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau pada pilihanarya kecil di situ nanti.
 
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Zahid Hamidi awal awal sudah umum Datuk Seri Mohamad Hasan ialah orangnya.
 
Menerusi twitter beliau pada Jumaat tidak lama selepas Mahkamah Tinggi Seremban buat keputusan kemenangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu pada pilihanraya umum ke 14 batal dan tidak sah,Zahid kata keputusan itu sudah dijangka.
 
"Keputusan mahkamah untuk PRK DUN Rantau sudah dijangkakan.
 
"UMNO akan mencalonkan semula Mohamad Hassan. Jentera BN akan digerakkan sepenuhnya. Biarpun banyak kekangan dan halangan, kerusi Rantau mesti dipertahankan.
 
"Demi maruah dan kesinambungan mari UMNO/BN perkasa kesatupaduan," katanya.
 
Sementara itu calon PKR yang ditolak pencalonan semasa penamaan calon kerusi DUN itu menjelang PRU14 DR S Streram berharap kekal menjadi calon bagi DUN itu sekali lagi.
 
"Saya harap akan terpilih sekali lagi dalam pilihan raya itu nanti," katanya kepada wartawan.-16/11/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 321  tetamu dalam talian