19Oktober2018

MIC, MCA bersama BN lakukan perubahan

Parti MIC dan MCA akan terus bersama Barisan Nasional (BN) dalam usaha melakukan perubahan bagi menghadapi cabaran politik pada masa depan.

Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata parti komponen BN perlu sepakat membuat perubahan dengan mengambil kira kelemahan yang ada untuk terus kekal relevan.

Beliau berkata BN perlu menjadi sebuah parti pembangkang yang baik untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat.Bagaimanapun, katanya parti itu mungkin akan mempertimbangkan pilihan lain sekiranya perubahan dalam BN tidak berlaku.

"Hari ini, kita (MIC) masih sebahagian daripada BN, kita merasakan BN perlu melakukan pembaharuan untuk menghadapi cabaran semasa dan kita akan melihat jika perubahan itu berlaku, kita boleh menjadi relevan kepada cabaran politik."Jika tidak, kita akan mencari pilihan lain," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato' Onn, malam ini.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata semua parti komponen akan melakukan post-mortem bagi mengenal pasti dan memperbaiki kelemahan mereka."BN masih utuh, mereka yang berada dalam BN, kita perlu mengharungi bersama," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas, MIC hanya memenangi dua kerusi Parlimen iaitu di Tapah dan Cameron Highlands manakala MCA satu kerusi di Ayer Hitam.-15/5/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 625  tetamu dalam talian