16Disember2017

Menunggu 'petuah' Zahid ketika merasmikan sayap UMNO malam ini...

Ramai yang menanti penuh minat perasmian tiga sayap UMNO malam ini, Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi buat kali kedua akan menyampaikan ucapan.

Perasmian sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri merupakan dondang pembukaan kepada Perhimpunan Agung... orang kata ketika itu tune sesuatu isu ditetapkan atau diset, yang mana nak guna high key, yang mana nak guna low key.

Zahid sebagai orang nombor dua parti sudah pasti akan menunjukkan jalan kepada pemimpin sayap-sayap di semua peringkat, apa keutamaan parti ketika ini.

Perhimpunan kali ini disebut-sebut perhimpunan akhir menjelang pilihanraya umum ke 14... sudah semestinya banyak panduan dan peringatan yang akan disampaikan oleh Zahid.

"Banyak, saya akan umumkan malam ini," itu kata beliau sendiri kepada media ditanya mengenai persiapan untuk perasmian sayap malam ini.

Sementara itu, beliau turut berkata pengamal media akan memainkan peranan menuju 'perang' pilihan raya umum akan datang.

"Saya yakin pengamal media akan berikan yang terbaik bagi menghadapi PRU akan datang," katanya ditemui selepas merasmikan Laman Media di PWTC pada Selasa.

Tambahnya lagi, PAU tahun ini akan membuktikan Barisan Nasional dan parti komponen yang lain merupakan parti terbaik buat rakyat Malaysia.

Lebih 1,800 petugas yang mewakili 75 agensi serta syarikat media cetak dan elektronik berkampung' di pusat media itu yang bertempat di Dewan Tun Razak 4, Aras 4, PWTC sepanjang perhimpunan agung UMNO bermula hari ini hingga Sabtu.

Daripada jumlah itu, 61 adalah agensi dan syarikat media tempatan manakala 14 lagi merupakan media antarabangsa yang membuat liputan perhimpunan terakhir UMNO sebelum menghadapi PRU14.-5/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 512  tetamu dalam talian