22Jun2018

Mengamuk…Farid Kamil kena reman empat hari

Gara-gara mengamuk tampar polis dan tending orang awam di Balai Polis Kota Damansara tengahari semalam Khamis…pelakon Datuk Farid Kamil kena tahanan reman empat hari untuk siasatan kes itu.

Perintah tahanan reman mulai hari ini dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Farid yang berbaju lokap ungu dibawa ke mahkamah jam 10.07 pagi.

Antara yang kelihatan hadir di mahkamah ialah adiknya Fadzil Zahari.

Fadzil ialah suami kepada pelakon Yana Shamsuddin

Kes Farid yang mengamuk di kaunter trafik balai polis itu 1.20 tengahari Khamis disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.- 12/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 674  tetamu dalam talian