15November2018

Mampukah Wee Ka Siong harungi cabaran tiga penjuru jawatan Presiden MCA?

Mampukah Datuk Seri Wee Ka Siong yang kini Timbalan Presiden MCA menempah tempat sebagai Presiden MCA yang baru pada pemilihan parti itu 4 November ini?
 
Ini yang menjadi tandatanya ramai melihat perkembangan terbaru dimana beliau akan ditentang oleh dua calon lain.
 
Perebutan jawatan itu setelah Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan pada pemilihan parti.
 
Bekas Ahli Parlimen Bentong itu berbuat demikian sebagai mengambil tanggungjawab penuh atas kekalahan MCA dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
 
Selain Wee Ka Siong, Ketua MCA Bahagian Kluang, Gan Ping Sieu dan Ngoo Teck Kiong dari MCA Bahagian Beruas turut mencuba nasib jawatan nombor satu itu.
 
Untuk rekod, Wee Ka Siong adalah satu-satunya calon MCA memenangi kerusi Parlimen Ayer Hitam pada PRU 14, Mei lalu.
 
Jawatan Timbalan Presiden MCA pula menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Pengerusi MCA Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Timbalan Pengerusi MCA Johor, Datuk Tee Siew Kiong.
 
Bagi jawatan Naib Presiden, ia menyaksikan perebutan antara sembilan calon.
 
Mereka ialah, Datuk Tan Teik Cheng, Datuk Seri Ti Lian Ker, Ooi Siew Kim, Ei Kim Hock, Lau Lee, Lim Chin Fui, Yew Teong Look, Tan Seong Lim dan Lim Ban Hong.
 
Sementara itu 31 jawatan bagi sayap Wanita termasuk ketua, timbalan ketua, empat naib ketua dan 25 ahli jawatankuasa pusat pergerakan itu memang tanpa bertanding.
 
Ia sekali gus menyaksikan Datuk Heng Seai Kie sekali lagi mempertahankan jawatan Ketua Wanita MCA.
 
Jawatan ketua pemuda pula menyaksikan pertembungan antara Nicole Wong Siaw Ting dan Ng Kian Nam, manakala jawatan timbalan ketua pemuda membabitkan persaingan antara Tan Chee Hiong dan Kang Choo Nge.
 
Kesemua calon bagi jawatan berkenaan hadir pada majlis penamaan calon yang berakhir jam 5 petang, di Wisma MCA, di Jalan Ampang, Isnin.- 16/10/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 801  tetamu dalam talian