16Oktober2018

Mahfuz akan kalah jika bertanding PRU14...

Pengundi akan menolak pemimpin seperti Datuk Mahfuz Omar kerana tidak mempunyai pendirian tetap dan konsisten dalam perjuangan sesebuah parti.

Ini dinyatakan Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Razman Zakaria, yang berpendapat tindakan Ahli Parlimen Pokok Sena itu meninggalkan PAS  memang telah diduga.

“Kita tidak terkejut  dengan keputusannya kerana beliau (Mahfuz) sebelum inipun mempunyai pendirian yang tidak selari dengan pucuk pimpinan tertinggi PAS.

``Apapun PAS penuh yakin pengundi akan menolak pemimpin seperti Mahfuz yang tidak mempunyai pendirian tetap dan hala tuju yang jelas dalam perjuangan parti seperti PAS ini,’’ katanya kepada wartawan Agendadaily di Ipoh pada Rabu.

Haji Razman juga menolak tanggapan kononnya imej PAS akan terjejas susulan pengumuman Mahfuz keluar daripada PAS baru-baru ini dan akan ada lagi ahli parti mengikut jejaknya.

Katanya, walaupun kemungkinan itu ada namun ia langsung tidak menjejaskan imej parti sebaliknya PAS tetap utuh…teguh kerana mempunyai ramai barisan pemimpin yang setia dalam meneruskan agenda perjuangan parti.

``Tindakkan Mahfuz ini tidak akan memberi apa-apa kesan negatif mahupun mencalar imej PAS yang selama ini sentiasa mendapat sokongan jitu daripada ahli dan pengundi khasnya orang-orang Melayu,’’ katanya.

Haji Razman turut membayangkan Mahfuz terpaksa menanggung risiko besar ditolak pengundi kerana dikatakan mempermainkan amanah pengundi di kawasan parlimennya  susulan tindakkannya meninggalkan PAS.

Pemerhati sebelum ini melihat Mahfuz merupakan seorang pemimpin pembangkang yang lantang menyerang UMNO dan BN, malah sering menganggap PAS parti yang terbaik baginya.

Tetapi apa yang berlaku sebaliknya ibarat `cakap tak serupa bikin’ dimana beliau meninggalkan PAS yang disertainya selama lebih 30 tahun.-3/12/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 428  tetamu dalam talian