21September2017

'Lompatan' ketiga Zaid... umum sertai DAP

Bukan mengejutkan apabila bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengumumkan beliau menyertai DAP.

Beliau yang sudah beberapa kali menyertai berbagai parti politik mengumumkan menyertai DAP dalam satu sidang media di kediamannya, di Petaling Jaya sebentar tadi.
 
Ujarnya, penyertaan ke dalam DAP kerana percaya parti itu mampu menyelasikan masalah rakyat, sebagaiman yang telah  dibuktikan kerajaan negeri Pulau Pinang.
 
"Saya umumkan hari ini saya telah sertai DAP. Saya berjuang politik dengan prinsip yang tak berubah. Pemimpin kena ikhlas dan bertanggungjwab kepada rakyat, mereka kena adil kepada semua pihak. Saya percaya DAP mampu membantunya," katanya.

Pengumuman menyertai DAP ini merupakan 'lompatan' ketika Zaid dalam parti politik sejak meninggalkan UMNO pada 2008.

Beliau pernah menyertai PKR pada Jun 2009 tetapi meninggalkan parti itu pada November 2010 atas alasan tidak berpuas hati dengan penipuan dan pembelian undi dalam pemilihan parti yang menyaksikan Datuk Seri Azmin Ali dipilih sebagai timbalan presiden.

Pada tahun yang sama, beliau mengambil-alih sebuah parti 'nyamuk' KITA dan menjadi presiden tetapi melepaskan jawatannya pada 2012 sebelum PRU13.-7/2/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 908  tetamu dalam talian