16Disember2017

Laporan Ketua Audit Negara: Kerajaan DAP jana hasil dengan jual tanah

Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu mengakui hakikat bahawa mereka menjana hasil yang banyak dengan menjual tanah kerajaan negeri kepada pihak swasta.

Malah, Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, hasil daripada penjualan tanah itu turut digunakan membiayai perbelanjaan mengurus kerajaan negeri yang meningkat lebih 500 peratus sejak 2008.

Menurut beliau, UMNO negeri ini berulang kali mendedahkan mengenai kerakusan Kerajaan DAP Pulau Pinang menjual tanah milik rakyat itu kepada pihak swasta nafi cuba dinafikan kerajaan negeri khususnya Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, ujar beliau, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2016 ke atas Penyata Kewangan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dikeluarkan minggu lalu mengesahkan hakikat tersebut.

Menurut LKAN itu, ujar beliau, hasil yang diperoleh daripada premium tanah (pemberian hak milik dan pemberian milik bayaran khas) Kerajaan DAP Pulau Pinang antara 2012 hingga 2016 adalah sebanyak RM1,552.58 juta.

Selain itu, katanya, cukai tanah dan premium tukar syarat tanah pula menyumbang RM768.46 manakala jumlah hasil daripada perkara berkaitan dengan tanah negeri untuk tempoh sama menyumbang sebanyak RM2,321.04 juta kepada hasil negeri.

“Kita hairan mengapa Kerajaan DAP Pulau Pinang masih tidak mahu mengakui kebenaran ini walaupun sudah beberapa kali LKAN mengesahkan pendedahan yang dibuat oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang selama ini mengenai aktiviti jual tanah oleh kerajaan negeri adalah benar dan tepat?” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau lagi, bagi tahun 2016 sahaja, hasil yang diperoleh Kerajaan DAPP Pulau Pinang daripada perkara-perkara berkaitan tanah adalah sebanyak RM491.87 juta.

Jumlah itu, katanya, setara dengan hasil yang diperoleh tahun-tahun sebelum ini iaitu RM518.51 juta pada 2015; RM464.83 juta (2014); RM463.27 juta (2013) dan RM382.56 juta (2012).

“Kita yakin hasil daripada penjualan tanah negeri ini sebenarnya lebih besar kerana Kerajaan DAP Pulau Pinang menawarkan skim bayaran ansuran kepada pembeli-pembeli tanah.

“Contohnya, tanah di Bayan Mutiara di sini dijual pada 2011 pada harga RM1.1 bilion dan diberikan tempoh pembayaran salama 60 bulan atau lima tahun,” katanya.-1/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1092  tetamu dalam talian