18November2017

Laksanakan pendidikan percuma di Unisel dulu...

Tak payah 'sembang kencang... jika kerajaan Selangor benar-benar serius ingin melaksanakan pendidikan percuma, perkara itu sepatutnya dilaksanakan terlebih dahulu di universiti seliaan mereka seperti Universiti Selangor (Unisel).

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kerajaan pimpinan Pakatan itu sepatutnya memberikan gambaran awal kepada rakyat bahawa usaha melaksanakan pendidikan percuma di negeri itu mampu dilakukan di Unisel.

"Kalau nak beri yuran pengajian tinggi secara percuma, buat dulu di Unisel tiap-tiap semester tak payah bayar," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Shah Alam, pada Ahad.

Mahdzir mengulas kenyataan Exco Selangor yang bertanggungjawab ke atas hal-ehwal pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad, bahawa manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang diiktiraf oleh sayap belia kesemua empat parti komponen Pakatan antara lain, berikrar memperkenalkan pendidikan percuma kepada kanak-kanak di peringkat pra-sekolah sehingga pendidikan tinggi di universiti awam.

Selain Unisel, kerjaan Selangor turut menyelia Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa Industri Pendidikan Negeri Selangor (Inpens).

Mahdzir, yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) telahpun melaksanakan pendidikan percuma sejak dulu lagi malahan kini tiada lagi yuran peperiksaan kebangsaan di sekolah kerajaan.

Di samping itu, kerajaan juga mengagihkan buku teks secara percuma di sekolah-sekolah seluruh negara selain menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah.

Katanya, kerajaan membelanjakan RM42 bilion setahun bagi tujuan pendidikan percuma selain penyelenggaraan bagi sekolah kebangsaan, vernakular, agama dan membantu pelajar Orang Asli.-10/7/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 950  tetamu dalam talian