23Oktober2017

Lagi….asrama pusat tahfiz terbakar

Ketika kisah tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat Ujung, Kuala Lumpur pada 14 Sept lalu yang mengorbankan 21 orang pelajar dan dua orang guru masih hangat…satu lagi kebakaran berlaku melibatkan pusat pengajian seperti itu.

Cuma nasib baik…kali ini tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kebakaran di asrama penginapan pelajar perempuan Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) di Rembau,Negeri Sembilan

Kebakaran berlaku pada jam 1.50 pagi Khamis memusnahkan 60 peratus bangunan yang menempatkan 37 pelajar.

Hanya tiga pelajar telah dikejarkan ke Hospital Tampin untuk rawatan kerana mengalami asma akibat terhidu asap.

Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Norazam Khamis kata anggota bomba dan penyelamat tiba 10 minit kemudian selepas menerima panggilan kecemasan dan ketika sampai api sedang marak pada separuh bangunan asrama itu.

Menurut beliau api berjaya dikawal 15 minit kemudian dan dipadam sepenuhnya setengah jam kemudian.

Kebelakangan ini ciri keselamatan bangunan pusat tahfiz dan pusat pengajian seumpamanya yang dikendalikan oleh swasta dan secara persendirian menjadi perhatian ekoran kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.- 28/9/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 706  tetamu dalam talian