20Ogos2018

KR1M 2.0 model baru jual barang murah mula beroperasi…PM lancar di Temerloh

Seperti dijanji kerajaan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) kembali beroperasi menerusi versi 2.0 dengan model baru menawarkan barangan harga murah kepada rakyat.Ini setelah KR1M versi yang diperkenalkan mulai 2011 yang dikendalikan oleh Mydin Mohamed Holdings Bhd tamatkan operasi sejak September 2017.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan KR1M 2.0  di pasaraya Tunas Manja Group di Jalan Mentakab,Temerloh pagi Ahad.

Beliau memberitahu wartawan di situ sebanyak 50 barang keperluan harian berjenama dijual lebih murah di 51 buah KR1M 2.0 seluruh negara bermula bulan ini.

Menurut Najib sasaran ialah adakan 300 outlet menjelang akhir tahun ini dan 3,000 dalam tempoh tiga tahun.

Katanya KR1M 2.0 bermula dengan empat barang keperluan asas iaitu gula,minyak masak, tepung dan beras yang dijual lebih rendah dari harga pasaran kecuali minyak masak yang diberi subsidi oleh kerajaan.

Berbeza dengan sistem operasi lama..kini  tiada kedai dikhususkan untuk KR1M 2.0.

Sebaliknya barangan terpilih dijual di rangkaian pasar raya yang menjadi rakan kongsi kepada kerajaan seperti di Tunas Manja Group dan KK Super Mart.

Tiada lagi jenama 1Malaysia sebaliknya barang berjenama yang menjadi pilihan pengguna dijual lebih rendah dari harga pasaran.

Pada Julai tahun lalu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah arah  penamatan kontrak pengendali KR1M lama selepas kerajaan menerima banyak aduan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan harga dan barangan dijual di kedai berkenaan.

Berikutan arahan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata Program KR1M 2.0 akan dilancarkan pada 2018 bagi membolehkan rakyat mendapat lebih banyak pilihan produk pada harga lebih murah daripada pasaran.- 4/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 547  tetamu dalam talian