20Julai2017

KPN kata seorang ditangkap... media asing lapor dua pembunuh wanita sudah mati

Berita kematian abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un menarik minat agensi berita seluruh dunia.

Sekali lagi Malaysia diperhatikan dan menjadi tajuk berita, kali ini kisah pembunuhan ala filem James Bond.

Macam biasa spekulasi bertebaran di sana sini.

Banyak laporan yang memetik sumber yang tidak dinamakan.

Bagaimanapun yang rasmi, kurang 24 jam daripada kejadian bunuh itu, polis menahan seorang wanita memegang passport Vietnam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) bagi membantu siasatan berhubung kematian Kim Jong Nam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata wanita terbabit ditahan sepasukan polis kira-kira jam 8.20 pagi.

"Dia dikesan daripada CCTV di lapangan terbang dan berseorangan semasa ditahan. Butir peribadinya Doan Thi Huong, lahir pada 31 May 1988 di Nam Dinh,"katanya dalam satu kenyataan media.

Sementara itu, media asing menyiarkan dakwaan bahawa dua wanita disyaki pembunuh Kim Jong Nam didakwa ditemui mati, menurut laporan ketua biro ABC News, Joohee Cho, di sini.

Wakil Channel News Asia, Michiyo Ishida turut melaporkan mayat kedua-dua yang membunuh Kim Jong Nam itu ditemui dengan memetik laman berita Kyodo News dari Jepun.

Rakaman kamera litar tertutup CCTV turut menunjukkan salah seorang pembunuh di lokasi kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) yang tersebar meluas.

Dia mempunyai rambut panjang sehingga ke bahu dan memakai skirt dengan baju berwarna cerah dengan perkataan 'LOL' di bahagian depan dan sedang membawa satu beg tangan.
Sebelum ini, amalan oleh ejen khas Korea Utara untuk membunuh diri selepas menamatkan misi mereka sudah pernah dilihat beberapa kali.

Contohnya adalah Kim Hyun-hee, pengebom pesawat Korea Selatan pada 1987 yang mengikut arahan rejim Korea Utara.

Selepas melakukan tugasan yang menyebabkan 115 penumpang maut, Hyun-hee cuba membunuh diri tetapi gagal.-15/2/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1337  tetamu dalam talian