25Mei2017

Korea Utara pula usir Duta Malaysia…

Sekalipun Duta Malaysia ke Korea Utara Mohamad Nizan Mohamad sudah dipanggil pulang pada 22 Februari lalu kerana Malaysia memprotes tuduhan bukan-bukan Duta Korea Utara pasal kes pembunuhan Kim Jong-nam..namun negara itu tetap nak tunjuk garang.
 
Ekoran tindakan Malaysia usir dutanya di Kuala Lumpur,Kang Chol yang berlepas pulang 6.25 petang Isnin…Pyongyang pula usir Duta Malaysia.
 
Agensi berita rasmi Korea Utara KCNA melaporkan Mohamed Nizan diberi tempoh 48 jam mulai jam 10 Ahad lalu supaya keluar dari negara itu.

Sementara itu jurucap Wisma Putra Isnin malam kata Mohamed Nizan kini masih berada di Kuala Lumpur sejak dipanggil pulang dua minggu lalu.

Beliau mengesahkan duta itu diisytihar persona non grata di Korea Utara.

Katanya tindakan balas seumpama itu adalah adalah pekara biasa dalam bidang diplomatik.- 6/3/2017



Duta Malaysia ke Korea Utara Mohamed Nizan Mohamad sewaktu ditemui wartawan di lapangan terbang Beijing pada 22 Februari lalu ketika kerajaan panggil beliau pulang kerana memprotes gelagat Duta Korea Utara di Kuala Lumpur.
 
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1196  tetamu dalam talian