16Disember2017

Kita tak boleh pakai orang yang tidak ikut peraturan parti sendiri... - PM

Isu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ditegur oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana tidak patuh kepada perlembagaan pari sendiri turut mengundang reaksi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Tanpa sebut nama parti atau nama pimpinannya beliau rakyat negara ini tidak boleh bergantung harap kepada mereka yang tidak patuh pada peraturan parti sendiri.
 
Beliau menyentuh hal itu semasa berucap melancarkan package 6 Lebuh Raya Pan Borneo di Putatan,Sabah Sabtu.
 
Merujuk kepada majlis itu beliau berkata semua orang hendak masa depan mereka terjamin.
 
"Kita tidak boleh pakai pada orang buat parti tidak ikut peraturan sendiri...tak boleh..jangan mimpilah nak tabir negara...nak jalan parti sendiri pun dah huru hara...dah tunggang langgang sekarang.
 
"Kalau orang buat sesuatu tanpa niat yang baik...inilah akan jadi...banyak buat janji...janji tinggal janji,"katanya.
 
ROS telah beri ingatan kepada PPBM ia telah lakukan kesalahan serius tidak adakan mesyuarat agung tahunan dan guna nama ' Armada' untuk sayap p Pemuda yang tidak ada dalam perlembagaan.
 
Parti itu berdepan risiko dibatal pendaftaran dan tidak boleh bertanding pilihanraya umum ke 14.
 
Sementara itu pakej kerja keenam Projek Lebuhraya Pan Borneo yang dilancar Najib adalah sejauh 19.6km menghubungkan Putatan dengan Inanam yang menelan kos RM900 juta. 
 
"Sebanyak lima pakej kerja telah ditawarkan dan sedang berjalan menelan belanja RM1.7 bilion.
 
Dengan pelancaran pakej keenam ini, kerajaan telah membelanjakan RM2.6 bilion setakat ini, " katanya.
 
Menurut Najib, projek lebuh raya itu menawarkan 35 pakej kerja, termasuk lima yang sedang berjalan dan satu yang dilancarkan hari ini.
 
Katanya, 12 pakej sedang dalam proses penilaian tender termasuk dua yang sedang menunggu kelulusan Kementerian Kewangan, manakala tender bagi 17 pakej lagi dijangka ditawarkan dalam suku pertama tahun depan.
 
Najib berkata Lebuhraya Pan Borneo ini akan memberi impak terbesar dalam pembangunan Sabah dan Sarawak kerana akan memudahkan urusan logistik, khususnya dalam merancakkan ekonomi di kedua-dua negeri ini.
 
Katanya, projek hasil iltizam politik kerajaan Barisan Nasional adalah bagi memastikan visi kerajaan untuk memajukan negara tercapai.
 
Di samping itu, hubungan akrab kerajaan pusat dengan kerajaan negeri juga penting dalam memastikan mandat rakyat tidak disia-siakan.
 
Menurut Najib, kerajaan komited dalam memastikan pembangunan negara bersifat inklusif agar tidak ada sesiapa yang ketinggalan.
 
"Sebagai seorang Perdana Menteri, saya perlu memastikan berlaku keseimbangan antara negeri-negeri di Semenanjung dan Sabah dan Sarawak. Kalau ada jurang dan Sabah dan Sarawak pula masih ketinggalan (dalam arus pembangunan), adalah menjadi tanggungjawab saya untuk rapatkan jurang itu, " katanya.- 18/11/2017
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1085  tetamu dalam talian