24Oktober2017

Kisah pembunuhan ala James Bond dibicarakan 2 Okt

Ini bukan perbicaraan biasa... banyak yang akan terungkap termasuk kisah-kisah 'spy' melaksanakan operasi mereka daripada merekrut sampailah meninggalkan kambing hitam.

Bermula 2 Oktober ini selama 23 hari perbicaraan kes bunuh lelaki Korea Utara, Kim Jong-nam akan bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Hakim Datuk Azmi Ariffin menetapkan tarikh perbicaraan selama 23 hari yang akan berjalan sehingga penghujung November.

Hakim Azmi memutuskan untuk tidak merekodkan sebarang pengakuan sebaliknya memaklumkan pengakuan daripada warga Indonesia, Siti Aisyah dan warga Vietnam, Doan Thi Huong hanya akan diambil pada hari pertama perbicaraan.

Pada 1 Mac lalu, Thi Huong dan Siti Aisyah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang atas pertuduhan bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas membunuh Jong-nam yang ketika itu menggunakan nama Kim Chol di Balai Berlepas KLIA2, Sepang kira-kira pukul 9 pagi, 13 Februari lalu.

Pertuduhan ke atas kedua-dua wa­nita terbabit dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.-28/7/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 838  tetamu dalam talian