19Oktober2018

Kesian Pak Din melepas Menteri Besar Johor…

Kini Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pegang tiga jawatan Menteri Besar,PKR dua,Parti Amanah Negara (PAN) satu dan DAP satu.
 
Di Kedah Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir ialah dari PPBM…begitu juga Ahmad Faizal Azumu di Perak dan Datuk Osman Safian di Johor.PKR pula dua yakni di Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan Negeri Sembilan Aminuddin Harun.Di Melaka Adzly Zahari PAN manakala di Pulau Pinang Chow kong Yew dari DAP.
 
Melihat perbezaaan jumlah antara PPBM,PKR dan PAN inilah membuatkan ramai asalnya kuat menduga Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram akan jadi Menteri Besar Johor yang baru.
 
Namun Setiausaha PPBM Johor, Datuk Osman Sapian yang juga ADUN Kempas dilantik ke jawatan itu.
 
Selain ADUN,Salahuddin juga ialah Ahli Parlimen Pulai.
 
Melihat dari segi profail dan pendedahan politik di peringkat nasional nyata Salahuddin jauh lebih kedepan dari Osman.
 
Menyedari ramai pihak yang kecewa beliau tidak dilantik jadi Menteri Besar Johor Salahuddin mengeluarkan satu kenyataan pada Ahad meminta semua menghormati keputusan yang telah dibuat.
 
Beliau berkata semua pihak harus faham perlantikan jawatan menteri besar tertakluk kepada budi bicara dan hak mutlak Sultan Johor, seperti tercatat dalam undang-undang tubuh kerajaan Johor.
 
“Keputusan telah dibuat dan semua pihak seharusnya menghormatinya demi memastikan kestabilan kerajaan dan semangat permuafakatan dalam Pakatan Harapan.
 
“Masih banyak ruang yang saya boleh berperanan selepas ini di Johor. Apa yang penting kita mesti menunaikan tanggungjawab besar di atas mandat yang telah rakyat berikan kepada kita,” katanya.
 
Semalam, Setiausaha PPBM Johor, Datuk Osman Sapian mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-16 di depan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
 
Osman menerima watikah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam upacara yang berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene.
 
Salahuddin mengucapkan tahniah kepada Osman atas perlantikannya dan akan membantu Osman menampilkan tadbir urus yang baik dan berkesan.
 
“Rakyat sedang memerhati kita untuk menunaikan segala janji dan manifesto kita untuk membawa rakyat Johor kepada kualiti hidup yang lebih baik di bawah kerajaan baru, kerajaan PH Johor,” katanya.- 13/5/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 451  tetamu dalam talian