25Mei2017

Kesemua 11 rakyat Malaysia di Pyongyang selamat-Reezal

 
Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memaklumkan 11 warganegara Malaysia yang ketika ini berada di Pyongyang berada dalam keadaan selamat.
 
Ia disahkan selepas Wisma Putra menghubungi kedutaan Malaysia di sana.
 
Menurut Reezal daripada 11 rakyat Malaysia tersebut, tiga daripadanya adalah kakitangan dan pegawai kedutaan Malaysia di Korea Utara dan dua lagi merupakan pekerja di bawah program bantuan makanan sedunia PBB.
 
Manakala selebihnya adalah ahli keluarga kakitangan itu sendiri.
 
Bagaimanapun pihak Wisma Putra akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung situasi yang semakin meruncing di antara kedua-dua negara ini dalam masa terdekat.7/3/2017
Oleh NUR ASLINDA NASIR
 
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1180  tetamu dalam talian