17November2018

Kes salahguna wang PRU14: Bekas Ketua Pengarah Perisik Luar kena reman lima hari

Setelah ditahan petang Selasa untuk siasatan kes salah guna wang peruntukan Pilihan Raya Ke-14,bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid,61 pada Rabu dikenakan reman selama lima hari.
 
Perintah reman atas permohonan SPRM it diluluskan oleh Mahkamah Majistret Putrajaya.
 
Hasanah dibawa ke mahkamah dengan tangan bergari dan berbaju oren pada jam 9.08 pagi oleh kenderaan SPRM.
 
Beliau ditahan di ibu pejabat SPRM pada pukul 4.45 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan.
 
Difahamkan salahguna wang PRU14 berjumlah beberapa juta ringgit.
 
Juga semalam, Mahkamah Majistret di Putrajaya mengeluarkan perintah reman selama lima hari bermula hari ini sehingga Sabtu ni terhadap tujuh pegawai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bagi membantu siasatan kes sama.-29/8/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 509  tetamu dalam talian