25September2018

Kes terowong laut Pulau Pinang…dua Datuk direman enam hari

 
KEMASKINI : Dua orang pegawai tinggi syarikat berlegar Datuk yang ditahan ekoran serbuan SPRM di tujuh lokasi di Pulau Pinang dalam siasatan kes terowong laut Pulau Pinang bernilai RM6 billion direman selama enam hari.
 
Seorang direman di mahkamah majistret di Putrajaya manakala seorang lagi di mahkamah majistret Pulau Pinang.

Mereka adalah dari syarikat yang berlainan.
 
Datuk yang direman di Pulau Pinang ialah Timbalan Pengerusi sebuah syarikat pemaju.
 
Manakala Datuk yang direman di Putrajaya ialah Pengarah Eksekutif Kanan sebuah syarikat pembinaan.- 10/1/2018
 

 
BERITA AWAL,,,,,Kes projek terowong laut Pulau Pinang: Dua Datuk akan direman
 

Dua orang pengarah bergelar Datuk yang ditahan ekoran serbuan SPRM di tujuh lokasi sekitar Pulau Pinang pada Selasa semalam dalam siasatan kes projek terowong dasar laut akan direman hari ini. 

 Mereka dari syarikat yang berbeza akan direman di mahkamah di Pulau Pinang dan Putrajaya. 
 
Timbalan Ketua Persuruhjaya SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan dua orang Datuk itu. 
 
Beliau juga kata SPRM telah merampas sebilangan dokumen berkaitan projek itu. 
 
Projek terowong sejauh 7.2 kilomiter itu akan menghubungkan Persiaran Gurney di bahagian pulau ke Bagan Ajam di Butterworth.  

Kebelakangan ini jumlah wang yang banyak dibelanjakan untuk kajian telah mencetuskan tandatanya ramai pihak. 
 
Sabtu lalu Parti Cinta Malaysia telah membuat laporan kepada SPRM dakwa ada bukti baru berkaitan projek itu.- 10/1/2018

 

 


PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 404  tetamu dalam talian