25September2017

Kes kaya luar biasa…tahanan reman Adam Rosly disambung 4 hari lagi

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Cabang Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah,28  perlu berdepan dengan siasatan SPRM kes memiliki kekayaan luar biasa selama empat hari lagi.
 
Ini setelah SPRM memperolehi sambungan reman untuk tempoh berkenaan setelah tempoh lima hari sebelum ini berakhir esok,Rabu.
 
Perintah sambungan tempoh reman empat hari itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman.
 
Adam Rosly dibawa oleh pegawai SPRM ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi Selasa untuk tujuan itu.
 
Tahanan reman selama lima hari keatasnya sebelum ini dikeluarkan mahkamah pada Jumaat lalu.
 
Adan Rosly disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.- 18/4/2017
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 912  tetamu dalam talian