24Oktober2017

Kes hotel London…peguam dan pembantu wanita direman lima hari

Dua orang yang ditahan SPRM Khamis untuk siasatan Felda Investment Corporation (FIC) beli hotel di Kensington,London  yakni seorang peguam dan pembantu wanita direman lima hari.

Perintah tahanan reman mulai hari ini itu dikeluarkan oleh Majistret Muhamad Safuan Azhar di Mahkamah Majistret di Putrajaya pagi Jumaat.

Juga dalam kes berkenaan, perintah reman terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif FIC disambung selama empat hari bermula esok,Sabtu.

Terdahulu, di mahkamah sama tiga pengarah syarikat yang direman sebelum ini bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel di Kuching oleh FIC pada 2014 dibebaskan hari ini dengan jaminan tunai RM20,000 dan jaminan SPRM RM200,000 setiap seorang.- 4/8/2017



Dua lagi ditahan SPRM kes FIC beli hotel di London

Terbaru….dua orang lagi ditahan SPRM dalam kes Felda Investment Corporation (FIC) beli sebuah hotel empat bintang di Kensington, London.

Isnin lalu bekas Ketua Pegawai Eksekutif FIC ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan itu.

Dua yang ditahan itu ialah seorang peguam berusia 44 tahun yang beroperasi di Kuala Lumpur dan pembantu wanita berusia 29 tahun dari firma itu yang disyaki terlibat menguruskan proses dokumentasi perjanjian jual beli di antara pemilik asal dan syarikat ketiga sebelum ia dijual kepada FIC.

Mereka ditahan sekitar jam 4 petang di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

SPRM dijangka akan mohon perintah reman keatas mereka esok Jumaat.

FIC dilaporkan membeli sebuah hotel empat bintang di Kensington, London pada harga RM330 juta pada 16 Dis 2014.

Adalah dipercayai harga berkenaan jauh lebih tinggi dari harga asal.- 3/8/2017



Hotel di London: Bekas CEO FIC dibawa ke mahkamah berkerusi roda…kena reman 4 hari

Suasana di kawasan Mahkamah Majistret di Putrajaya agak lain dari yang lain sikit.Biasanya kebelakangan ini kita lihat mereka yang dibawa oleh SPRM ke situ untuk dapatkan perintah reman menutup seluruh wajah dengan baju,cap dan sebagainya.

Sebaliknya bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporation (FIC) Mohd Zaid Abdul Jalil yang ditahan oleh SPRM Isnin malam tiba di situ ‘ terbuka’.

Pihak SPRM membawanya ke situ untuk mendapat perintah reman untuk bantu siasatan kes beli hotel di Kensington,London.

Dia ditahan Isnin malam selepas beri keterangan di ibu pejabat SPRM selama hampir 12 jam.

Mohd Zaid dibawa ke mahkamah itu jam 9.20 pagi dengan berkerusi roda.

Dia yang memakai baju oren lokap SPRM tidak tutup mukanya dengan apa-apa.

Peguamnya memberitahu wartawan dia mengalami masalah sakit tulang belakang.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd. Rahman telah mengeluarkan perintah reman selama empat hari mulai hari ini Selasa . – 1/8/2017



 

 Kes beli hotel London: Bekas CEO FIC Felda ditahan SPRM…

Setelah beri keterangan selama hampir 12 jam di ibupejabat SPRM,Putrajaya Isnin,bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporation (FIC), Mohd Zaid Abdul Jalil telah ditahan untuk siasatan kes beli hotel di Kensington,London.

SPRM dijangka akan mohon dia direman di Mahkamah Majistret Putrajaya Selasa.

Dia beri keterangan bermula jam 9.30 pagi dan ditahan pada 9.20 malam.

Hotel di London itu yang belianya diuruskan dari tahun 2013 hingga 2015 dibeli pada harga RM330 juta.

Ia dipercayai dibeli pada harga yang jauh lebih tinggi dari harga sepatutnya.

Pada 22 Julai lalu SPRM tahan reman enam hari dua orang pegawai dua buah syarikat yang terlibat dalam urusan belian hotel itu.

Mereka dibebaskan hari ini.- 31/7/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 897  tetamu dalam talian