25September2018

Kerjasama PAS-UMNO gugat Pakatan Harapan di pilihanraya kecil DUN Seri Setia...

Paduan tenaga PAS dan BN khsusnya UMNO telah berjaya mengurangkan majoriti Pakatan Harapan pada pilihanraya kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri Seri Setia di Selangor.
 
Calon PH dari PKR Halimey Abu Bakar cuma mampu kekalkan kerusi itu dengan majoriti  4,027 undi mengatasi calon PAS Dr Halimah Ali.
 
Halimey dapat 13,725 undi manakala Dr Halimah dapat 9,698.
 
Pada pilihanraya umum ke 14 bekas ADUN PH Allahyarham Dr Shahruddin Badaruddin menang kerusi DUN Seri Setia dengan majoriti 19,372 dalam pertandingan empat penjuru lawan calon BN,PAS dan Bebas.
 
Masa itu Dr Shahruddin dapat 29,250 undi ,calon PAS Mohd Ghazali Daud dapat 4,563 manakala BN Datuk Yusoff Haniff dapat 9,878.
 
Peratusan keluar mengundi pada PRK di Seri Setia kali ini adalah rendah iaitu 44.1 peratus.
 
Sementara di di PRK DUN Balakong calon PH dari DAP Wong Siew Ki mempertahankan kerusi itu dengan undi 18,533 undi manakala calon BN dari MCA Tan Chee Teong dapat 3,975 undi.
 
Majoriti Wong ialah 18,533.
 
Pada PRU14 dalam pertandingan tiga penjuru calon PH dari DAP mendiang Ng Tien Chee dapat 41,768 undi menewaskan calon BN dari MCA Lim Chin Wah 5,874 dan calon PAS Mohd Ibrahim Ghazali 6,230.
 
Peratus keluar undi di Balakong catat sejarah baru yakni yang terendah setakat ini iaitu 43 peratus.- 8/9/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 297  tetamu dalam talian