20Ogos2017

Kerajaan Selangor umpama 'telur dihujung tanduk'...

Apa-apa pun boleh jadi... kedudukan kerajaan Selangor dan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali umpama 'telur dihujung tanduk' selepas PAS negeri itu sudah bulat tekad untuk menjadi pembangkang jika sekiranya tiga Exco mereka dipaksa meletak jawatan.

Jika PAS menjadi pembangkang bermakna Azmin hanya memerintah dengan kelebihan satu DUN yang akan menyebabkan lebih banyak 'politiking' dalam urusan kerajaan dan parti di negeri tersebut.

Kepimpinan PAS Selangor memutuskan bahawa semua 13 wakil rakyatnya akan melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri jika Azmin terus menerima tekanan daripada rakan-rakan Pakatan Harapan untuk meminggirkan PAS.

Ancaman tersebut, jika benar-benar dilakukan, akan 'menggoyahkan' kerajaan Selangor kerana ia akan menyebabkan Pakatan Harapan hanya mempunyai 29 wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri, dari 56 kerusi keseluruhan.

Pakatan Harapan kini mempunyai 14 wakil rakyat daripada DAP, 13 daripada PKR dan dua daripada Parti Amanah Negara (PAN).

Keputusan PAS itu dibuat pada mesyuarat lewat malam Selasa yang dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya PAS Selangor yang baharu dilantik, Sallehen Mukhyi, yang juga Adun Sabak.

The Star melaporkan Sallehen telah ditugaskan untuk menyampaikan keputusan itu kepada jawatankuasa pusat parti yang dijadual mengadakan pertemuan hari ini.

Mesyuarat pada Selasa dihadiri oleh semua ketua bahagian PAS Selangor di mana mereka diberikan kemas kini oleh Sallehen mengenai krisis politik yang melanda kerajaan negeri berikutan keputusan Majlis Syura menamatkan hubungan dengan PKR.

Sallehen juga memberi taklimat kepada mereka mengenai pertemuan beliau dengan Azmin di mana menteri besar meminta tiga anggota exco PAS negeri meletakkan jawatan.

Mereka ialah Datuk Iskandar Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Sumber dalaman PAS berkata mesyuarat itu tidak membincangkan tentang apa yang parti akan lakukan jika ia keluar dari kerajaan negeri.

"Terdapat banyak pilihan tetapi terpulang kepada rakyat untuk buat tafsiran," kata sumber itu.

Jika ancaman PAS itu menjadi kenyataan, pembangkang baharu untuk Pakatan Harapan di negeri itu akan terdiri daripada 13 dari PAS, 11 dari Umno dan dua calon Bebas.

Terdapat spekulasi bahawa bekas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim bakal membuat kemunculan semula dan dia dikatakan mengintai untuk melompat ke parti lain.

Ini kali kedua Selangor sedang berjuang melawan krisis politik dalaman.

Kerajaan negeri telah 'bergegar' dua tahun lalu apabila DAP dan PKR menggulingkan Khalid sebagai menteri besar.-18/5/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 807  tetamu dalam talian