15Ogos2018

Kenyataan terbaru Hadi... ada apa-apa ke...?

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan media dua paragraf pagi ini berkaitan situasi politik semasa.

Dalam kenyataan tersebut Hadi berkata PAS memerhati dengan serius perkembangan politik semasa selepas PRU-14 dalam tempoh pembentukan Kabinet Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
"Perkara utama yang mesti dijaga adalah perpaduan dan keharmonian masyarakat dalam fasa peralihan kuasa," ujarnya.

Selain itu, kata Hadi, PAS memandang serius hal ehwal kepentingan Islam dan hak umat Islam yang perlu dititik beratkan oleh kerajaan yang baru dilantik, selari dengan majoriti penduduk Malaysia dari kalangan Melayu Islam.

Kenyataan Hadi tersebut muncul ketika desas-desus rundingan baru percaturan kuasa di Malaysia menjelang pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.-14/5/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 646  tetamu dalam talian